Rabu, 16 Mac 2011

~kek coklat Kukus~

   Ari Sabtu minggu lepas,Klong ai ngn my gebu2 ank buah blik kg. Yelah kn,cti skolah seminggu,klong ai pn amek la cti seminggu jgk. So, utk mnyambut kepulangan diorang yg memg jarang-jarang blk ke kampung,ai pn dengan ringan tangan dan jari jemari buatkan la kek coklat kukus utk diorang ni (sebenonya klong ai da request awal2..hehe)..3mggu lepas ai da wat da kek ni,ai kukus dlm loyang betul la,memg rupe kek la kan,tp kali ni ai kukus dlm bekas kecik2 ni,biar nmpak comel sket..malas le nk cite panjang..u ols tgk je la ye hasilnye. Resepi pn ai ade sertakan skx.
   Xceli,ai amek resepi kek ni kat blog http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/ (mohon share ye ummi)..hehe. Ade mase u ols jenguk-jenguk la blog ummi ni sbb resepi2ny memg mabelessssss....
ai tacap sket ngn coklat chip

ini rupenye setelah siap dikukus



klu u ols nk letak coklat cair kt ats ni pn boleh,tanak letak pn xpe sbb totap sodap!

KEK COKLAT KUKUS
Bahan A:-
1 cawan susu cair/fresh milk
1 cawan air
1 cawan mentega cair
2 cawan gula perang

Bahan B:-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C (dikacau rata):-
1 biji telor
1 sudu teh esen vanila

Bahan Krim Coklat (Ganache):-
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

Cara Membuat Kek:-

Panaskan kukusan.
Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati.
Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan-lahan. Kacau rata.
Bahan C dipukul sikit dengan garfu dan masukkan ke dalam mangkuk adunan. Kacau lagi supaya adunan tidak bergentel.
Lapik loyang dengan kertas baking (guna loyang bulat 7 inc) dan tuangkan adunan.
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil (untuk mengelakkan kek pecah di permukaan) - memang betul..sikit jek merekahnya dan permukaan pun rata. (balut penutup kukusan dengan kain semasa mengukus kek)
Hiaskan dengan krim coklat dan taburan chocolate rice.

Cara Membuat Krim Coklat:-
Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko ke dalam bekas tahan panas. Kacau rata.
Panaskan dengan api sederhana. Kacau sehingga sebati.
Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi.
Tutup api dan kacau lagi hingga sebati.
Tunggu hingga sejuk sedikit dan tuangkan di atas kek
P/S : sejukkan lam peti es kek ni pas2 bru d mkan..lgggg sedap tau!

2 ulasan:

..nOj.. berkata...

ok kompom nak buat. mcm senang gak kan. takyah kuar mixer bagai

anjOlynn berkata...

ha'ah..kacau2 gune senduk kayu je..hehe..blk kje ni ko wat tau